Selasa, 9 Jun 2015

cerpen TERBANG DI AWAN BERSAMA CINTA MU




CERPEN : TERBANG DI AWAN BERSAMA CINTA MU

Hari sudah subuh, Nur Damia bergegas mandi untuk menunaikan solat subuh sebelum pergi bekerja.
 Dia bekerja di syarikat AirAsia sebagai seorang pramugari. Dia seorang yang tinggi lampai,kulit yang putih kemerehan,tubuh yang agak ramping,mata yang bulat serta mempunyai sepasang biji mata berwarna coklat,
pipi yang gebu dan comel dan hidung yang mancung serta berkelulusan tinggi telah melayak kan dirinya untuk menjadi seorang pramugari.
 Mempunyai keluarga yang bahagia dan berkemampuan.
 Dia mempunyai seorang adik bernama Ahmad Danish yang berusia tiga belas tahun.
 Ayahnya seorang usahawan yang berjaya dan memiliki syarikat persendirian yang bergelar Tan Sri Aziz,
 Ummi nya seorang suri rumah yang bertanggunggjawab,Puan Sri Dania.
“Selamat pagi semua”,sapa Damia lalu duduk di sebelah ummi nya untuk sarapan pagi.
“selamat pagi akak”jawab adiknya Danish sambil tersenyum.
“Mia pergi dulu ya”,dia meminta diri untuk pergi bekerja. Dia menyalam tangan kedua orang tuanya.
“Hati-hati kerja tu”nasihat ayahnya yang senyum.
Damia hanya mengangguk faham.
“Adik pergi sekolah naik apa ni”,tanya Damia.
“Pergi bersama ayah”,jawab umminya yang tersenyum manis.
“Marilah akak Mia yang hantar”,pelawa nya.
“Nak”,jawab Danish yang gembira. Dia seorang yang amat manja kepada kakak sulungnya itu.
“ok,cepat salam ayah dan ibu”,perintah Damia.

“ok dah sampai”kata Damia yang memberhentikan kereta Preve hitam mitaliknya di depan sekolah adik nya itu.
“Terima kasih akak”jawab Danish sambil membuka tali pinggang keledar.
“Adik pergi dulu”,kata adiknya sambil menyalam kakak nya itu.
“Belajar rajin-rajin”,pesan Damia.
Kereta Preve kesayangan Damia meluncur laju membelah lebuh raya untuk pergi ke KLIA.
Dia memarking keretanya,lalu dia keluar dan menyusung beg roda khas untuk pramugari.
 Dengan gaya ala2 moden dia masuk ke dalam lapangan terbang itu dengan rambut yang di sanggul kemas,
baju khas untuk pramugari AirAsia yang sangat sesuai pada tubuhnya,skirt merah paras lutut yang agak longgar,dia sengaja memakai skirt yang agak longgar kerana dia tidak suka memakai skirt yg ketat,
dengan stoking kulit panjang yang membaluti kaki dan betis nya dan kasut tumit tinggi hitam yang berkilat. 
Semua nya nampak kemas pada dirinya.
 Perhiasan pada dirinya hanyalah jam tangan G-Shock warna merah,gelang tangan dan rantai leher Silver.
 Dia nampak simple tapi menawan dan bergaya. 
Hari ini dia awal pulang dalam jam 9 malam. Selesai makan malam dia diminta untuk ke ruang tamu untuk membincangkan sesuatu.
“Mia..”,kata umminya dengan lembut.
“Ya ummi”,jawab Mia lalu melihat wajah umminya.
“Kami dah terima rombongan meminang dari kawan ayah petang tadi”,terang ayah nya.
“Apa”,kata Mia yang sangat terkejut.
“Kenapa tak tanya Mia dulu”,jawabnya dengan nada yang tidak puas hati namun dia cuba untuk berlembut.
“Mia... Mia kan dah besar,dah 27 tahun dah pun kan”kata umminya pula.
“Tapi cuba lah tanya Mia dulu”,kata Mia.
“Kenapa,Mia dah ada teman lelaki ke?”,tanya ayahnya.
“Tak da”,jawab Mia.
“So?”,kata ayah nya pula.
“But,tak kan lah hal ni pun ummi dan ayah yang tentukan”,jawab Mia.
“Lesson sayang,kami nak yang terbaik untuk diri Mia dan kami percaya calon suami Mia ni yang terbaik”,kata umminya seakan memujuk.
Mia cuba menenangkan dirinya. Orang tua nya amat berharap agar keputusan mereka dapat diterima.
 Mia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.
“Kalau itu yang ummi dan ayah nak,Mia ikut sahaja. Mia percaya itu adalah terbaik”,kata Mia dengaan senyuman yang kelat.
“Thanks dear”,kata umminya yang tersenyum manis.
Pada malam itu,Mia menunaikan solat Iskharah untuk mendapatkan petunjuk Allah dan di mintakan agar dia ikhlas untuk menerima segala ketentuan Nya.
“Mia,kau sihat ke?”tanya temannya,Liza.
 Sewaktu mereka makan tengah hari di salah satu restoran dalam lapangan terbang KLIA sebelum 
memulakan penerbangan ke Hong Kong.
“Aku ok jer”,jawab Mia yang tersenyum kelat.
“Betul ni?”,tanya Sarah pula.
“Ye,aku ok je lah”,jawab Mia yang cuba menutup segala perasaan nya.

Sebulan telah berlalu.
Pada hari ini dia akan diijab kabulkan degan seorang lelaki yang tidak dikenalinya langsung.
 Semua hal lelaki itu telah diberi tahu oleh umminya.
 Bakal suaminya itu bernama Shah Iskandar,berusia 29 tahun,tua 2 tahun dari dirinya. Seorang CEO di sebuah syarikat.
 Orang tua nya merupakan rakan kepada orang tua nya juga.
Sewaktu dia mejemput semua kru ditempat kerja nya seminggu yang lalu,betapa terkejutnya mereka. 
Tiba2 sahaja gadis yang popular di kalangan mereka kahwin,sungguh tak disangka-sangka.

“Aku terimah nikahnya Nur Damia binti Mohd Aziz, dengan mas kahwin sebanyak RM.1011 tunai.”
Dengan sekali lafaz sahaja dia telah mejadi isteri kepada lelaki ‘asing’ itu. 
Dia akan menjalankan hidupnya bermula pada hari ini bersama lelaki itu. 
Dia tidak akan mengetahui apa akan terjadi pada dirinya selepas ini. Air mata kesedihan jatuh mengalir.
Suaminya menyarung cincin bertakhta berlian ke jari manis Damia. Damia pula menyarung cincin ke jari manis suaminya.
 Lalu dia menyalam tangan suaminya,dan suaminya mengucup dahi nya dengan lembut.
Sewaktu dia membuka mata untuk melihat wajah sang suami,lelaki itu mempunya bentuk muka yang bujur,bibir yang kecil kemerehan yang terukir senyuman sah dia tidak merokok,
pipi yang bersih,mata yang agak kecil dan sepasang anak mata bewarna hitam,kening yang lebat dan hidung yang mancung.
 Dia sangat tergoda dengan kekacakan suaminya,
namun dia masih belum bisa menyayangi suaminya itu.
Pada malam itu,ramai tetamu datang. Lelaki itu memeluk pinggang nya untuk sesi pengambaran. 
Sungguh Damia tidak tahan untuk wujud pada malam itu.
Selesai sahaja,para tetamu sudah pulang. Damia terus naik kedalam bilik pengantin, Shah masih lagi sibuk melayan tetamu.
Selesai mandi dan keluar dari kamar mandi, Damia terus duduk di depan meja solek lalu menyisir rambut panjan nya.
Pintu bilik di kuak perlahan,Shah masuk lalu memberi salam,” Assalammualaikum”,sambil melemparkan senyuman manis kepada isterinya yang amat menawan.
“Waalaikumsalam”,jawab Mia yang tidak pedulikan Shah.
Kemudian Shah keluar dari kamar mandi,dengan t-shirt dan kain pelekat.
Mia bingkas bangun duduk dan meuju ke katil untuk tidur dia sangat letih. 
Belum sempat dia naik keatas katil,Shah telah memeluk pinggangnya dari belakang daan mencium rambut isterinya yang wangi itu.
Mia terkejut lalu membiarkan seketika perbuatan suaminya itu. 
Apabila suaminya itu cuba untuk membawa diri Mia keatas katil,
“Awak..”,kata Mia.
Suaminya itu berhenti dan memandang Mia.
“Kenapa?”tanya Shah yang hairan.
“Saya belum bersedia”,jawab Mia sambil tunduk ketika berdiri berhadapan degan Shah.
“Saya faham”,kata Shah lalu naik keatas katil membiarkan Mia berdiri di tepi katil.
Pada malam itu tiada apa-apa yang berlaku tidak seperti malam pertama pengantin lain.
 Mereka tidur di atas katil yang sama,hanya bantal di tengah yang memisahkan mereka.
Pada pagi itu,mereka berdua sarapan di rumah bersama ibu bapa Mia.
 Mereka bertiga rancak berbual di meja makan kecuali Mia yang senyap sambil makan di sebelah suaminya,
dia sengaja berdiam diri. Dia malas untuk berborak pada pagi itu.
 Mereka berdua bercuti selama seminggu jadi boleh lah Mia berehat daripada bekerja.
“Sayang..”,sapa Shah lalu duduk di hadapan Mia yang duduk di kerusi dihalaman rumah pada petang itu.
Mia hanya tersenyum dengan kehadiran Shah dengan dua cawan air.
“Nah ni untuk”,kata Shah sambil meletakkan secawan coklat panas dihadapan Mia.
“Thanks. Tapi mana awak tahu saya suka coklat panas”,tanya Mia sambil menghirup minuman itu.
“Ummi bagi tahu saya”,jawab Shah lalu meghirup Nescafe minuman kegemarannya pula.
Mia hanya tersenyum.

Cuti mereka telah berakhir. Pada hari ini mereka akan mula bekerja .
"Saya pergi dulu",Damia meminta diri untuk pergi bekerja sambil mengucup lembut tangan Shah.
"hati-hati",pesan Shah.
Ketika keluar dari pintu lapangan terbang,Damia berhasrat untuk mengajak Shah makan tengah hari bersamanya.Lalu dia mendail nombor telefon suaminya itu.
"Assalammualaikum,awak",ucap Damia.
"Waalaikumsalam Mia,ada apa awk telefon saya ni?",tanya Shah.
"Saya nak ajak awak makan tengah hari",kata Damia.
"Hermm.. Maafkan saya,saya banyak kerja hari ini. Lain kali saja ya kita lunch sama-sama",ujar Shah.
"Hermm tak pe lah. Saya faham",kata Damia lalu menamatkan panggilannya.
"Eh Mia,buat apa berdiri kat sini?",tanya rakan sekerja nya.
"Saya nak keluar lunch",jawab Mia sambil mengukir segaris senyuman.
"Kalau macam tu jom lah ikut kami sekali",ajak Sarah.
Mereka makan di sekitar menara KLCC.
Damia dan rakan-rakannya rancak berbual sambil menjamu hidangan tengah hari mereka.
Damia memadang ke pintu restoran itu,dia terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya dengan seorang wanita yang agak seksi sambil memaut lengan lelaki itu lalu berjalan bergandingan melimpasi restoran itu. Jantung nya berdegub kencang apabila melihat kemesraa mereka.
"Mia ko tengok apa tu?",tanya Liza sambil menoleh ke belakang melihat pintu utama restoran itu.
"Tak da apa-apa la",jawab Damia sambil tersenyum tawar. Setitik air mata menitis terkena pada tangan nya di lap dengan segera,dia tidak mau rakan-rakannya mengetahui apa yang dia nampak sebentar tadi.
"Esok kamu dah nak pndah rumah baru kan?",tanya Ummi Damia ketika makan malam.
"ya ummie",jawab Shah.
"Mia,kamu ok ke?",tanya ayahnya. Apabila dia menyedari Mia hanya dia semenjak tadi. Seperti ada sesuatu yang sedang di fikirkan oleh anak nya itu.
3 pasang mata merenungi muka nya yang tunduk itu.
"Tak da apa-apa lah ayah",jawab Damia sambil memandang ayah nya dengan senyuman manis yang dibuat-buat.
Mereka bertiga hanya mengangguk.
"Lambat awak balik hari ini",kata Shah sambil mengerling jam di dinding.
Kaki Damia berhenti untuk menaiki tangga pertama apabila dia hendak naik keatas.
Hari tersebut hari kedua mereka berpindah ke rumah baru sempena hadiah perkahwinan mereka daripada keluarga Shah. 
 "Saya banyak kerja. Lagipun staf hari ini tak ramai sangat jadi saya lah kena ikut dalam penerbangan sepanjang hari ini Nasib baik ada kawan saya yang gantikan kalau tak esok pagi saya kan balik. Bersyukur lah saya balik,daripada saya tak balik,terang Damia dengan tenang dan serius sekali.
"Kenapa tak sms atau call saya?",tanya Shah lagi.
"Saya sibuk,jadi saya tak da peluang nak sms awk. Lain lah macam awak.",perli Damia lalu naik keatas.
Shah terpempan dengan kara-kata Damia. Hatinya tak senang,otaknya ligat berfikir.
Pada hari berikutnya Damia sengaja pulang lewat sehingga tengah malam. Namun dia bersyukur dia tidak di dipanggil untuk trip subuh hanya malam sahaja.
"Apa masalah awak ni sering pulang lewat malam. Selalunya kerja awak tak sampai lewat mala,kalu ya pon awak akan inform kat saya",tanya Shah yang tidak tahan dengan sifat Damia yang kini pandai pulang sampai tengah malam sejak seminggu yang lalu.
"Saya kerja",jawab Damia lalu naik keatas bilik. 
Lalu Shah memaut lengan Damia.
"Apa ni?! Awak lepas lah sakit",kata Damia yang cuba melepaskan lengan nya yang perit.
"Saya tak kan lepaskan selagi awak tak bagi tahu hal yang sebenar",jerit Shah yang tidak mampu bersabar lagi.
"Saya kerja lah",jawab Damia yang menjerit.
"Awak tipu!",kata Shah.
Damia hanya mampu menangis teresak-esak.
"Mia",panggil Shah dengan lembut.
Damia merentap tangannya dari genggaman Shah.
"Mia saya minta maaf",Shah cuba untuk memegang pipi Damia.
Damia menepisnya dengan kasar.
"Saya tahu saya tak boleh bagi hak yang sepatutnya awak dapat",kata Damia sambil menutup muka nya dengan kedua-dua tapak tangannya. Tangisan halus kedengaran.
"Saya tak boleh nak puaskan awak. Saya tahu saya sedar saya hanya isteri paksaan. Saya tahu awak tak dapat terima saya sebab kita kahwin paksa oleh kedua ibi bapa kita. Tapi saya rela dan saya redha. Saya dah mula suka kan awak hari demi hari sebab awak suami saya. Namun awak dah hancurkan!",kata Damia seakan-akan ingin menjerit.
"Mia,saya pun dah mula suka kan awak dan saya dah dapat terima awak sebab awak isteri pilihan family saya,saya tahu apa dorang pilih ada lah terbaik untuk saya iaitu awak.",terang Shah pula sambil memegang bahu Damia dengan lembut.
"kalau awak anngap dan terima saya sebagai seorang isteri,habia perempuan tu siapa!!",jerit Damia sambil memandang Shah dengan tajam di hadapannya.
"Siapa?",tanya Shah hairan.
"Saya ajak awak makan tengah hari minngu lepas tapi awak kata awak sibuk konon. And then kawan saya ajak saya makan bersama. Herghh tak sangka saya lihat awak jalan dengan perempuan yang amat cantik dengan mesra. Awak fikir saya tak nampak",kata Damia yang cuba bertenang.
"Mia....Dia bekas kekasih saya",Jawab Shah dengan serba salah. Namun Mia perlu tahu sesuatu.
"Bekas. Tapi tak nampak macam bekas pun",kataa Damia dengan air mata yang mengalir.
"Mia...",pujuk Shah.
Pap! Shah terkejut dengan tindakan Mia. Pipi Shah agak merah kesan dari tamparan Mia.
Lantas Mia menambil handbag nya yang jatuh di atas lantai,dia keluar lalu menghidupkn enjin keretnya.
"Mia!",panggil Shah. Namun Mia tidak mempedulikan jeritan Shah sambil mengetuk cermin keretanya.
Mia memecut laju. Dia hilang arah dia tidak tahu hendak menuju kemana. Pesanan ringkas sms masuk daripada Shah.
'Mia,jgn tinggalkn abg. Abg syg Mia sgt. Abg tunggu Mia balik'
Tidak semenah-menah air mata Damia tumpah. Dia memukul stereng keretanya dan tunduk.

4 Bulan kemudian...
Dia memandang kearah tasik yang tenang. Dia membetulkan selendang yang melilit lehernya yang senget kerana tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Fikiran nya tenang dengan cuaca yang damai,pemandangan yang cantik lembut mata memandang. Dia telah mengambil cuti semenjak peristiwa yang lalu,mujur lah ketua mereka faham dengan keadaan nya. Semenjak peristiwa itu dia telah menghilangkan diri kecuali adiknya,Danish. Dia dan Danish masih berhubung dan adiknya mengetahui segala perkembang dirinya namun dia meminta agar adiknya itu merahsiakan tentang dirinya terlebih dahulu.
Dan lelaki itu. Yang masih bergelar suami,lelaki itu masih belum melafazkan cerai dan semenjak mesej hari itu lelaki itu tidak pernah menghubungi ataupun menghantar mesej kepadanya lagi. Adiknya telah memberi tahu bahawa keadaan lelaki itu pada mulanya tidak tentu arah tapi dalam beberapa bulan kedaan lelaki itu sudah beransur baik dan dia telah pergi ke luar negara untuk menguruskan syarikat di cawangan lain.
Hari ini dia sudah kembali bekerja. Dia ingin memulakan hidup baharu. Dia sudah penat dengan kesedihan yang berlaku. Hari pertama dia bekerja pada hari itu diisi dengan penerbangan ke Abu Dhabi. Kru penerbangan mereka akan berada di sana selama 3 hari sebelum meneruskan perbangan semula ke Malaysia. 3 hari berlalu dan mereka akan balik semula ke Malaysia. Mereka tiba dalam jam 9 malam. Damia berdiri di tepi pintu masuk pesawat untuk mengucap terma kasih kepada para penumpang kerana sudi menggunakan khidmat penerbangan mereka. "Thank you sir ",ucap Damia kepada lelaki tempatan dengan tunduk hormat ,lelaki tu penumpang terakhir yang keluar dari pesawat. 
"Mia..",sapa penumpang tersebut.

"Awak okey?",tanya Shah yang memecahkan kebisuan antara mereka yang sedang minum di salah satu restoran yang terdapat dalam lapangan kapal terbang itu. Damia hanya mengangguk. Sebenarnya dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu yang masih bergelar suami kepadanya. "Mia masih marahkan abang?",tanya Shah sekali lagi. Damia merengus.Dia kurang senang dengan soalan itu.
"Saya nak lepas ni jumpa family kita dan cakap kat  mereka yang awak akan ceraikan saya",jawab Damia yang sengaja menekankan perkataan 'ceraikan'.
"Tapi ab



7 ulasan:

  1. Hbs mcm ni je ke?? Xda sambungan ke???

    BalasPadam
  2. Hbs mcm ni je ke?? Xda sambungan ke???

    BalasPadam
  3. http://taipanqqgood.blogspot.co.id/2018/04/5-alasan-cinta-cenderung-hilang-setelah.html

    Taipanbiru
    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    BalasPadam

  4. Cerpen ini mana lanjutannya ya ?

    BalasPadam
  5. Lain kali kalau buat cerpen tuu tolong laa habiskn yeaa...jngn smpai para pembaca nee bengang sbb cerita x abis

    BalasPadam